Saturday, 14 July 2012

TIPS LANGSING & SIHAT

hurmmm. alang dah termasuk bab diet ni saya pon cube la google-google pasal ni. tup-tup terjumpa satu informasi yang menarik ni. ayuh, kita sama-sama amalkan ye :)





1. Makan Pelbagai Jenis Makanan

Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.

2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal

Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
Kekalkan berat badan unggul.
Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula Indeks Jisim Tubuh (BMI) :
BMI =Berat (kg) / [Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )]

Jika BMI anda ialah

a)  Kurang daripada 18.5 = Kurang berat badan

b) 18.5 hingga  25 = Berat normal 

c) Lebih daripada 25 = Berat berlebihan

d) Lebih daripada 30 = KEGEMUKAN/OBESITI

Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang
Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang baik.

4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
Sumber terbaik antioksida.
Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
Serat dapat mengelakkan sembelit.

5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol

Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.
Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng.

Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.
Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol: :

Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.

Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.

6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam

Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.

Kurangkan pengambilan gula dalam:
Minuman.
Masakan
Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar

Kurangkan pengambilan garam dengan :
mengurangkan makanan terproses atau diawet. Pilih makanan segar.
Kurangkan makanan tinggi garam
Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
 Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek kentang.

7. Minum Banyak Air

Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam badan.
Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran dan sup.

8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat

Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih daripada dua jam.
 Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
 Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih


credit to Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment