hurmmm. alang dah termasuk bab diet ni saya pon cube la
google-google pasal ni. tup-tup terjumpa satu informasi yang menarik ni. ayuh, kita sama-sama amalkan ye :)
1. Makan
Pelbagai Jenis Makanan
Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan
berpandukan Piramid Makanan.
Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.
2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan
Aktiviti Fizikal
Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
Kekalkan berat badan unggul.
Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula Indeks Jisim Tubuh
(BMI) :
BMI =Berat (kg) / [Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )]
Jika BMI anda ialah
a) Kurang daripada 18.5 = Kurang berat badan
b) 18.5 hingga 25 = Berat normal
c) Lebih daripada 25 = Berat berlebihan
d) Lebih daripada 30 = KEGEMUKAN/OBESITI
Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil
Bijirin Dan Kekacang
Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang
baik.
4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
Sumber terbaik antioksida.
Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
Serat dapat mengelakkan sembelit.
5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol
Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya
anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam
makanan anda.
Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave')
adalah lebih baik daripada menggoreng.
Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.
Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol: :
Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong)
dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan
kekerapan pengambilannya.
Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan
ini sebahagian dalam hidangan anda.
6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam
Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan,
kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.
Kurangkan pengambilan gula dalam:
Minuman.
Masakan
Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar
Kurangkan pengambilan garam dengan :
mengurangkan makanan terproses atau diawet. Pilih makanan segar.
Kurangkan makanan tinggi garam
Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan
herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek
kentang.
7. Minum Banyak Air
Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda
tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam
badan.
Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus
sayur-sayuran dan sup.
8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat
Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih
daripada dua jam.
Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan
makanan.
Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih
credit to Kementerian Kesihatan Malaysia.