Tahniah Irma. Semoga diberkati Allah.
Gambar hiasan je ni. Bukan pergi Irma kawen pon. Haha..
Kawan chikjang yang kawen tu bukanlah Irma ye.
Tetapi, lepas makan dengan banyaknye tadi dengan tiba-tiba rasa serba salah dengan perut. Huhuhu...bila la nak kurus law cenggini la kisahnya.
Dengan penuh semangat, chikjang pon try la mengintai-intai cara kurus dengan bantuan encik google yang awesome. Dan, hasilnya chikjang pon jumpe la artikel ni. jom la kita sama-sama amalkan.
chikjang nak kurus macam ni agak2 boleh tak...
Catatkan matlamat anda
Jika anda benar-benar ingin berjaya dalam misi menurunkan berat badan, ia harus dirancang dan dijadualkan dengan baik sebelum pelaksanaannya. Ambil pen dan kertas untuk menyenaraikan semua butiran perkara yang boleh dan dilarang dibuat. Pastikan anda menyimpan kertas itu di tempat yang senang dilihat dan akan bertindak sebagai 'alat penggera' (peringatan).
Tempat terbaik untuk menyimpannya ialah di pintu peti sejuk anda. Selain itu, anda juga perlu mengkaji semula matlamat anda pada setiap hari bagi memastikan ia masih berada di landasan yang betul.
* Tetap dan kekalkan tarikh sasaran
Menetapkan atau menandakan tarikh sasaran pada kalendar akan membantu anda melawan kecanggungan selain dapat menghalang kegagalan azam yang ingin dicapai. Jangan biar dan benarkan rancangan anda gagal. Rencanakan sasaran dan tarikh tertentu untuk setiap perkara berhubung agenda matlamat tetapi biarlah ia realistik.
* Mengawal selera makan palsu
Mulai sekarang, buang semua makanan yang kurang berkhasiat seperti kek, pastri, makanan segera, minuman berkarbonat dan snek makanan ringan. Aktiviti membuang dan menjauhkan diri daripada semua makanan itu memang diakui amat sukar pada awalnya tetapi faedah yang akan diperoleh kelak boleh membantu anda mencapai matlamat tahun baru.
Apa yang harus anda lakukan selepas itu adalah menambah item makanan yang lebih berkhasiat ke dalam senarai pembelian barangan. Antaranya termasuk diet protein seperti putih telur, ikan dan ayam, buah-buahan seperti epal, kurma, pear, strawberi dan oren, sayuran-sayuran hijau seperti cendawan, kacang merah dan brokoli serta makanan berkalori rendah, keju rendah kalori, agar-agar tanpa gula dan air mineral.
* Menjadi lebih cekap dan mahir
Jangan ambil mudah setiap perkara atau rutin kecil yang termasuk dalam senarai matlamat anda. Pastikan diri anda boleh melaksanakan rancangan itu supaya hasilnya berbaloi. Lakukan sesuatu aktiviti pada setiap minggu seperti anda boleh menetapkan minum lapan hingga 10 gelas air kosong pada minggu pertama.
Minggu kedua pula, anda boleh tetapkan tidak akan menggunakan lif sebaliknya berjalan saja. Seterusnya, lakukan senaman selama 20 hingga 30 minit setiap hari dan elakkan menjamah makanan yang berlemak. Pada minggu kelima pula, anda perlu ambil makanan yang kaya dengan protein serta nutrien.
* Simpan buku rekod
Setiap perkara yang direkod atau dicatatkan selalu memberi hasil yang lebih baik dan anda tidak perlu mencabar daya ingatan sendiri. Oleh itu, simpanlah segala butir aktiviti atau langkah yang sudah dicatatkan dengan sebaik mungkin.
Gunakan bantuan visual untuk memastikan dan menyemak rejim misi menurunkan berat badan anda. Ini akan terus menggalakkan anda dalam memberikan yang terbaik seterusnya mencapai azam tahun baru dengan jayanya.
Oleh Kevin Zahri
credit to http://anizyn.blogspot.com
p/s: jangan baca aje ye, lets Do It! yea yeah!!


yang minum air 8 gelas sehari tu dah berjaya ikut. yang lain akan mnyusul selepas ini. Chaiyuk!
ReplyDelete