Thursday 2 August 2012

Menu favourite bulan puasa

Hari ini Chikjang ke  bazar ramadan sambil-sambil meninjau lauk untuk berbuka puasa. Chikjang pon terus beli menu wajib tuk bulan pose iaitu murtabak. Kali ni Chikjang nak test Murtabak 99 lak. 2 ringgit je. Murah dan berpatutan la. Saiz murtabak ni walaupun kecik, tapi agak tebal isinya. 

murtabak

Bila difikirkan balik, menu tuk berbuka puasa Chikjang adalah sama jika Chikjang singgah ke bazar ramadhan. Pusing punya pusing, alih-alih yang ni jugak yang Chikjang beli.

 ayam bakar

ayam golek

ikan bakar

puding karamel@gula hangus

sekaya

Semua makanan ni memang best. Sampai bila-bila makan pon x kan puas. Sedappp!


Sunday 22 July 2012

Kadar zakat fitrah 2012

Ini adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2012 /1433H. Jangan lupa bayar ye kawan-kawan. Chikjang seronok untuk saling mengingati antara satu sama lain. Andai kita lupa, ada yang tolong ingatkan :)




Saturday 21 July 2012

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa kuala lumpur 2012


selamat berbuka puasa semua!!!

Cara nak khatam Al-quran di bulan puasa bagi muslimah

Ni dah masuk 1 hari pose. Jadi,chikjang nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan yang diberkati buat semua. Harapan dan azam chikjang tahun ni semoga amalan puasa chikjang ni diberkati dan diredhai ALLAH. Selain tu, chikjang berazam nak khatamkan quran bulan ni. Chikjang start kire-kire, kena baca minimum 6 muka surat selepas setiap solat fardu.
Macam ni: 6 muka surat setiap selepas semayang
                 5 kali sembahyang fardu
                 20 hari dalam sebulan (tolak 10 hari waktu period)
                 6 x 5 x 20 = 600 muka surat

                 quran ada 30 juzuk
                 satu juzuk ada 20 muka surat
                 30 x 20 = 600
So, leh la chikjang khatam 30 juzuk al-Quran dalam satu bulan puasa ni. Janji, chikjang buat dengan penuh istikhamah.  Semoga azam chikjang tercapai. InsyaALLAH :)


Sunday 15 July 2012

Tips kurus dengan teratur

Erkkk... Alhamdulillah kenyangnya. Chikjang baru je pas siap pergi kenduri. Seronok pergi kenduri ni sebab kite dapat tengok pengantin yang cun melecun (semoga diberkati Allah sehingga ke anak cucu), dapat jumpa saudara mara (selain waktu raye tym ni je la leh jumpa), dapat makan free (ni yang paling best) dan dapat juga jumpa awek-aweks hot dan balak-balaks yang ensem. 


Tahniah Irma. Semoga diberkati Allah. 
Gambar hiasan je ni. Bukan pergi Irma kawen pon. Haha..
Kawan chikjang yang kawen tu bukanlah Irma ye.


Tetapi, lepas makan dengan banyaknye tadi dengan tiba-tiba rasa serba salah dengan perut. Huhuhu...bila la nak kurus law cenggini la kisahnya.


Dengan penuh semangat, chikjang pon try la mengintai-intai cara kurus dengan bantuan encik google yang awesome. Dan, hasilnya chikjang pon jumpe la artikel ni. jom la kita sama-sama amalkan. 


chikjang nak kurus macam ni agak2 boleh tak...

5 tip mudah untuk memastikan anda dapat menguruskan badan dengan lebih teratur.


Catatkan matlamat anda


Jika anda benar-benar ingin berjaya dalam misi menurunkan berat badan, ia harus dirancang dan dijadualkan dengan baik sebelum pelaksanaannya. Ambil pen dan kertas untuk menyenaraikan semua butiran perkara yang boleh dan dilarang dibuat. Pastikan anda menyimpan kertas itu di tempat yang senang dilihat dan akan bertindak sebagai 'alat penggera' (peringatan).


Tempat terbaik untuk menyimpannya ialah di pintu peti sejuk anda. Selain itu, anda juga perlu mengkaji semula matlamat anda pada setiap hari bagi memastikan ia masih berada di landasan yang betul.


* Tetap dan kekalkan tarikh sasaran


Menetapkan atau menandakan tarikh sasaran pada kalendar akan membantu anda melawan kecanggungan selain dapat menghalang kegagalan azam yang ingin dicapai. Jangan biar dan benarkan rancangan anda gagal. Rencanakan sasaran dan tarikh tertentu untuk setiap perkara berhubung agenda matlamat tetapi biarlah ia realistik.


* Mengawal selera makan palsu


Mulai sekarang, buang semua makanan yang kurang berkhasiat seperti kek, pastri, makanan segera, minuman berkarbonat dan snek makanan ringan. Aktiviti membuang dan menjauhkan diri daripada semua makanan itu memang diakui amat sukar pada awalnya tetapi faedah yang akan diperoleh kelak boleh membantu anda mencapai matlamat tahun baru.


Apa yang harus anda lakukan selepas itu adalah menambah item makanan yang lebih berkhasiat ke dalam senarai pembelian barangan. Antaranya termasuk diet protein seperti putih telur, ikan dan ayam, buah-buahan seperti epal, kurma, pear, strawberi dan oren, sayuran-sayuran hijau seperti cendawan, kacang merah dan brokoli serta makanan berkalori rendah, keju rendah kalori, agar-agar tanpa gula dan air mineral.


* Menjadi lebih cekap dan mahir


Jangan ambil mudah setiap perkara atau rutin kecil yang termasuk dalam senarai matlamat anda. Pastikan diri anda boleh melaksanakan rancangan itu supaya hasilnya berbaloi. Lakukan sesuatu aktiviti pada setiap minggu seperti anda boleh menetapkan minum lapan hingga 10 gelas air kosong pada minggu pertama.


Minggu kedua pula, anda boleh tetapkan tidak akan menggunakan lif sebaliknya berjalan saja. Seterusnya, lakukan senaman selama 20 hingga 30 minit setiap hari dan elakkan menjamah makanan yang berlemak. Pada minggu kelima pula, anda perlu ambil makanan yang kaya dengan protein serta nutrien.


* Simpan buku rekod


Setiap perkara yang direkod atau dicatatkan selalu memberi hasil yang lebih baik dan anda tidak perlu mencabar daya ingatan sendiri. Oleh itu, simpanlah segala butir aktiviti atau langkah yang sudah dicatatkan dengan sebaik mungkin.


Gunakan bantuan visual untuk memastikan dan menyemak rejim misi menurunkan berat badan anda. Ini akan terus menggalakkan anda dalam memberikan yang terbaik seterusnya mencapai azam tahun baru dengan jayanya.
Oleh Kevin Zahri
credit to http://anizyn.blogspot.com


p/s: jangan baca aje ye, lets Do It! yea yeah!!

Saturday 14 July 2012

Allah Kan Ada!


Allah Kan Ada! | iluvislam.com discover the beauty of islam

Sekadar renungan dan peringatan. Kadang-kadang kita selalu memikirkan tentang apa yang orang akan kata kat kita. Contohnya kalau nak keluar, "Eh,baju ni ok x!"."Apa yang orang akan cakap kalau saya pakai baju ni". "Baju ni nampak saya gemuk x?". Hurmmm.. Selalu terjadi pada saya ni. Len kali x yah pk sangat  pasal apa yang orang laen cakap taw.Yang paling penting, adakah ALLAH redha? Law fikir cam 2 terus rase kalau nak keluar tu wajib tutup aurat je kan. Sama-samalah kita tutup aurat. Sesuailah dengan Ramadhan yang bakal menjelma ni.

credit card? thanks.but no! thanks

salam. sejak akhir-akhir ni saya selalu mendapat panggilan telepon yang bertalu-talu. ingatkan ade peminat bile ade nombor yang tak dikenali call. bile diangkat, dengan suara yang dicover-cover "ye tu nama saya. tapi sorry saya tak berminat dengan credit card". pastu suara kat dalam fon tu cakap lagi. "tapi yang ni bukan credit card yang bese, yang ni laen sket. senang nak dapat diskaun dan blablabla.... okeh, awal-awal leh sabar lagi.tapi bile die macam  tak nak bagi kite stop perbualan tu rase nak kuang hajar je letak fon tu. tapi x leh, kite kan penuh ngan adat kesopanan. "okey la encik saya dah cakap saya tak berminat, sekian terima kasih". pastu saya letak jugak fon tu dengan penuh keanggunan. 10 minit lepas tu, no yang same kol lagi. hurm, biar je la fon tu berbunyi. bes gak leh dengar lagu free. hakhakhak, kesian kat promoter credit card tu.sorry la bro.


                                 ni adalah contoh je. xde kaitan dengan yang hidup atau yang mati :)

p/s: macamana orang credit card tu leh taw nombor fon kite ek? konfius gak